Lengkapkan jadual di bawah:
PERKARA | PENGUJIAN | PENGUKURAN | PENTAKSIRAN | PENILAIAN |
Takrif | Proses atau situasi sesuatu kemahiran bahasa itu diuji. | Proses pemarkahan dan pemarkatan tindak balas atau jawapan murid yang bertujuan untuk mengukur sesuatu kemahiran bahasa secara kuantitatif. | Proses mendapatkan maklumat, seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. | Proses mengenalpasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusanberasaskan sesuatu objektif pendidikan. |
Tujuan | Untuk mengetahui sama ada murid sudah menguasai pengajaran, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan oleh guru. | Untuk mengumpul maklumat dan merumuskannya mengikut satu sistem skor. | Untuk mendapatkan gambaran prestasi pembelajaran murid. | Proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah diukur secara kuantitatif. |
Alatan | Ujian | Soal jawab, pemerhatian, temu bual, cerapan, ujian | Ujian, menghurai, mengumpul, merekod, bagi skor dan interpretasi maklumat | Ujian, projek, tugasan, portfolio |
1. Empat tujuan atau kepentingan penilaian/pentaksiran dijalankan.
- untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan pelajar.
- pengredan/ menentukan gred pencapaian pelajar.
- untuk pemilihan dan penempatan pelajar mengikut tahap penguasaan atau aliran tertentu.
- tujuan bimbingan, pelajar dan guru boleh melihat kembali.
2. a) Takrif Kesahan
- kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur.
b) Jenis-jenis Kesahan
- kesahan isi/ kandungan
- kesahan telahan/ ramalan
- kesahan serentak/ semasa\
- kesahan gagasan/ konstruk
- kesahan muka
- kesahan kriteria
1. Kebolehpercayaan
tahap ketekalan antara skor ujian yang sentiasa tetap dengan tiadanya ralat pengukuran.
2Cara mengelakkan ralat dalam pengukuran kebolehpercayaan sesuatu ujian
- mentadbir ujian dalam masa yang sesuai.
- bebas tanpa gangguan.
- tidak berlaku penipuan/ kecurangan.
- masa yang mencukupi.
- jawapan yang betul.
- perlu lebih daripada seorang pemeriksa.
6. Berikan takrif kepada domain kognitif berikut
- pengetahuan : kemampuan untuk mengingat semula fakta.
- kefahaman : kemampuan memahami maklumat.
- aplikasi : kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi tertentu.
- analisis : menganalisis, mencerakin, memutuskan maklumat.
- sintaksis : menggabung, menghimpun maklumat.
- penilaian : untuk membuat pertimbangan, justifikasi.
7. Banding beza antara Bloom dan Krathwohl
BENJAMIN BLOOM | ITEM | KRATHWOHL |
Kognitif | Domain | Afektif |
Enam | Bilangan Aras | Lima |
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian | Jenis Aras | Penerimaan Gerak balas Menilai Organisasi Perwatakan |
No comments:
Post a Comment