Saturday, October 8, 2011

SOALAN PERBINCANGAN 1

Ciri
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Pengertian

-          Untuk uji sesuatu unit kemahiran / subkemahiran yang telah diajar

-          Hujung kursus / bila sudah habis belajar mata pelajaran

Tujuan

-          Uji kemajuan murid dalam mencapai subkemahiran bahasa

-          Mentaksir sejauh mana objektif kursus telah tercapai oleh pelajar

Masa

-          Dalam jangka masa pendek

-          Bukan berterusan tetapi berkala

Bentuk

-          Temubual
-          Pemerhatian
-          Kerja kursus

-          Bertulis

Sasaran
-          Murid secara kumpulan, individu,kelas
-          Individu

Liputan
-          Skop terhad dan tidak luas
-          Skop luas
-          Semua unit yang telah dipelajari

Rekod
-          Tidak disampaikan kepada ibu bapa tetapi disimpan
-          Disampaikan kepada ibu bapa
-          Sijil

Fungsi Lanjutan
-          Mengetahui tahap pencapaian / penguasaan murid
-          Ujian menjadi panduan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan serta tempat murid dalam kumpulan yang sesuai

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

DEFINISI KESAHAN 


Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

JENIS-JENIS KESAHAN

1. kesahan isi
2. kesahan telahan/ ramalan
3. kesahan serentak/ semasa
4. kesahan gagasan
5. kesahan muka
6. kesahan kriteria

DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). MenurutMokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara duapengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

KEPENTINGAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN
  • mengelakkan kekeliruan pelajar
  • menghasilkan ujian yang stabil.
  • markah yang diberi bukan kerana nasib
  • dapat menilai kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar.
FAKTOR MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

- panjang pendek ujian
- bilangan item
- ujian objektif
- format ujian
- cara ujian ditadbir
- binaan item
- faktor peribadi
- faktor persekitaran
- pemeriksa dan pemeriksaan