Saturday, October 8, 2011

SOALAN PERBINCANGAN 1

Ciri
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Pengertian

-          Untuk uji sesuatu unit kemahiran / subkemahiran yang telah diajar

-          Hujung kursus / bila sudah habis belajar mata pelajaran

Tujuan

-          Uji kemajuan murid dalam mencapai subkemahiran bahasa

-          Mentaksir sejauh mana objektif kursus telah tercapai oleh pelajar

Masa

-          Dalam jangka masa pendek

-          Bukan berterusan tetapi berkala

Bentuk

-          Temubual
-          Pemerhatian
-          Kerja kursus

-          Bertulis

Sasaran
-          Murid secara kumpulan, individu,kelas
-          Individu

Liputan
-          Skop terhad dan tidak luas
-          Skop luas
-          Semua unit yang telah dipelajari

Rekod
-          Tidak disampaikan kepada ibu bapa tetapi disimpan
-          Disampaikan kepada ibu bapa
-          Sijil

Fungsi Lanjutan
-          Mengetahui tahap pencapaian / penguasaan murid
-          Ujian menjadi panduan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan serta tempat murid dalam kumpulan yang sesuai

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

DEFINISI KESAHAN 


Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

JENIS-JENIS KESAHAN

1. kesahan isi
2. kesahan telahan/ ramalan
3. kesahan serentak/ semasa
4. kesahan gagasan
5. kesahan muka
6. kesahan kriteria

DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). MenurutMokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara duapengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

KEPENTINGAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN
  • mengelakkan kekeliruan pelajar
  • menghasilkan ujian yang stabil.
  • markah yang diberi bukan kerana nasib
  • dapat menilai kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar.
FAKTOR MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

- panjang pendek ujian
- bilangan item
- ujian objektif
- format ujian
- cara ujian ditadbir
- binaan item
- faktor peribadi
- faktor persekitaran
- pemeriksa dan pemeriksaan

Monday, September 5, 2011

Ujian, Pengujian, Pengukuran, Pentaksiran, Penilaian

Tarikh  : 20 Jun 2011
Disampaikan oleh : Tn. Hj. Alias b. Sidek


Ujian
  • bahan yang ditulis @ tercetak @ terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji kemahiran bahasa.
           contoh : ujian kloz : menguji mefahaman membaca < isi tempat kosong>
                        ujian imlak : menguji kemahiran mendengar < dengar dan catat>
  • alat yang digunakan untuk mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara.


Pengujian
  • proses sesuatu kemahiran bahasa itu diuji.
  • proses @ situasi sesuau alat ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar
  • ujian adalah 1 prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku sseorang individu dan menjelaskannya dengan 1 sistem yang berkategori  ( Kronbach , 1970 )
  • menjelaskan terhadap beberapa baik prestasi pelajar yang diuji
  • guru mengetahui sama ada pelajar telah menguasai pengetahuan, kemahiran @ sikap yang ingin disampaikan  guru
  • oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan bagi tujuan penilaian p&p, maka tumpuan perlu diberikan kepada pembinaan ujian yang bermutu, ditadbir dengan betul dan ditafsir dengan tepat.
ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih
  1. menentukan aras kesukaran soalan
  2. aspek hendak diuji
  3. mudah difahami ----> soalan tidak mengelirukan


Pengujian
  • proses memperuntukkan nombor pada sesuatu secara kuantitatif ( Mokhtar Ismail, 2001)
    • contoh :  nilai berat kepada timbangan, jmlah suhu badan,
  • proses mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
  • 1 menentukan sejauh mana seseorang individu  memiliki ciri-ciri tertentu.
  • proses mengumpulan maklumat dan merumuskan mengikut sistem skor untuk menujukkan letaknya perkara yang diukur itu dalam 1 skala yang ditentukan.
ciri-ciri pengukuran
  • boleh dibuat tanpa menggunakan alat pengukuran
  • mendapat ukuran dengan menggunakan kaedah
  • tidak bersifat mutlak
  • hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka
Pentaksiran
  • proses mendapatkan mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan
  • dalam konteks pendidikan, 1proses yang merangkumi aktiviti :
    • menghurai
    • mengumpul
    • merekod
    • memberi skor
    • menginterpretasi maklumat
  • 1 proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang
  • dijalankan secara berterusan
  • proses membuat keputusan berdasarkan suatu peraturan dan piawaian
  • hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
Penilaian
  • Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtain­ing, and providing useful information for judging decision alternatives.Definisi ini menjangkau sehingga melepasi maksud pengujian dan pengukuran
  • Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai.
  • Hal ini seterusnya bertujuan untuk membolehkan guru dapat membuat per­timbangan atau keputusan yang tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berbeza daripada peng­ukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
  • Terdahulu daripada itu, Popham (1975) mentafsirkan pe­nilaian yang bersistem mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
  • Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur atau menilai pencapaian murid? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan.
  • Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan mengguna­kan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan.
  • Dalam sesetengah keadaan, penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibat­kan pertimbangan nilai semata-mata.


Monday, June 27, 2011

iniBUKUTEBAL

SELAMAT DATANG ke blog BUKU TEBAL..
Diharap segala ilmu yg dikongsikan dapat membantu.
Selamat menelaah :)